Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah Taala kerana dengan rahmatdan kasih sayang-Nya,kita dapat menubuhkan Penang Panther Sport & Recreation Club ( Panther SRC ).Terlebih dahulu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli,ibu bapa,pelatih-pelatih dan AJK yang terlibat dalam menubuhkan Kelab ini.
Buat makluman semua,pendekatan Panther SRC akan tertumpu kepada dua bidang terpenting iaitu bidang sukan dan rekreasi dan juga bidang pendidikan khususnya untuk pelajar yang menduduki UPSR,PMR dan SPM.Untuk merealisasikan hasrat tersebut kelab perlu memperuntukkan jumlah wang yang banyak bagi menjayakan program ini.Oleh yang demikian pihak kelab berharap agar kutipan bulanan daripada pelatih-pelatih diterima sepenuhnya setiap bulan.Pihak kelab juga mengalu-alukan sumbangan wang daripada orang ramai serta dermawan-dermawan yang sudi menderma.
Saya berhasrat memajukan dan menjayakan Panther SRC ini serta melahirkan ramai bakat-bakat muda yang berjaya dalam bidang sukan khususnya bolasepak.Oleh itu saya berharap dan berdoa agar kita sama-sama dapat menggembeleng tenaga dan usaha untuk menjayakan hasrat ini.Bak kata pepatah Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.Oleh yang demikian,saya berharap agar semua pihak terutama para ibu-bapa akan terus menyokong dan menyertai apa jua program dan aktiviti yang akan melibatkan atau yang dianjur oleh Panther SRC pada masa akan datang.Kepada semua AJK saya amat-amat berharap dan berdoa agar anda semua dapat mengorbankan sedikit masa,tenaga,wang dan idea untuk membangunkan Panther SRC ini supaya menjadi satu kelab yang unggul.
Adam Hj Ahmad - Presiden Penang Panther Sport & Recreation Club.
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment